MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Isnin, 16 Mei 2011

Tips penjagaan baju renang muslimah

10 tips penjagaan baju renang muslimah anda

1. Baju renang perlu dicuci tangan dengan sedikit sabun selepas penggunaan (untuk membuang sisa klorin)

2. Jangan jemur atau keringkan di bawah cahaya matahari

3. Jangan basuh baju renang dalam mesin basuh

4. Jangan masukkan di dalam alat pengering (dryer)

5. Elakkan daripada lama terdedah di bawah cahaya matahari selepas berenang

6. Elakkan menggunakan baju renang untuk berendam di dalam air panas (hot tub)

7. Jangan perah untuk dikeringkan, satu cara yang boleh digunakan ialah gulungkan di dalam tuala untuk menyerap air

8. Pastikan ianya kering sebelum dilipat dan disimpan di dalam laci

9. Biarkan sehari untuk betul2 kering sebelum menggunakannya sekali lagi, kalau perlu berenang tiap2 hari, dapatkan sepasang lagi baju renang

10. Berhati2lah dengan permukaan yang kasar, contohnya, lapikkan tuala sebelum duduk di tepi kolam


Baju renang muslimah anda perlu penjagaan yang baik untuk memastikan ianya tahan lebih lama, penggunaan yang tidak betul boleh merosakkan kain baju renang tersebut.Memandangkan kami menjual pelbagai corak yang menarik, apa salahnya membeli dua pasang? :)

Kenapa memilih baju renang muslimah dsafa?

Kenapa saya memilih dsafa muslimah swimsuit? Saya telah mencuba beberapa jenama, selain melihat pelbagai design baju renang muslimah di pasaran, namun setakat ini saya berpuas hati dengan dsafa. Walaubagaimanapun terpulanglah kepada pelanggan, jika ada permintaan mungkin saya akan menambah pilihan baju renang muslimah.

Saya minat berenang, malah semasa kami berbulan madu kami telah pergi snorkeling! :) tetapi sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai. Pakaian biasa kadang2 tidak dibenarkan di kolam renang. Untuk mencari pakaian renang untuk muslimah kami telah pergi ke pelbagai kedai sekitar Kuala Lumpur, tapi yang dijumpai kami dapati tidak cukup sopan (atau tertutup) ataupun terlalu mahal! Kami mula mencari jenama2 alternatif yang tiada di kedai biasa.
Ada baju renang muslimah yang kami jumpa tidak cukup labuh untuk menutupi dada (pada pandangan kami) tapi baju renang muslimah dsafa tudungnya cukup labuh. Harganya juga amat berpatutan. Selain itu ia mempunyai 'rekaan' yang sesuai ;) Maksud kami baju renang muslimah mempunai pelbagai rekaan, ada yang one piece (baju, seluar dan tudung bersambung), ada two piece dan sebagainya. Kadang2 ini menyebabkan baju renang muslimah tersebut susah untuk dipakai atau tiada pilihan pemakaian. Baju renang muslimah dsafa terdiri daripada baju bersama seluar yang senang dipakai (first piece), tudung (second piece) dan cap (third piece). Dalam keadaan tertentu mungkin kita hanya perlukan cap tanpa tudung, contohnya kolam renang wanita sahaja, atau untuk kanak2. Di tempat awam kita kenakan tudung dan cap, dan untuk berenang kita boleh masukkan tudung di dalam baju untuk mengurangkan geseran.

Selasa, 4 Mei 2010

Sedikit maklumat mengenai baju renang muslimah Dsafa

Penerangan berikut diterjemah daripada laman web baju renang muslimah dsafa;


"D'safa Muslimah Swimsuit (Malaysia) merupakan wakil produk D'Safa Muslimah Swimsuit di Malaysia. Syarikat kami merupakan antara yang pertama menjual dan mengedar baju renang muslimah. Pada waktu ini kami beroperasi dari pejabat kami di alamat berikut

D' Safa Apparel , No 16-1A, Jalan 15/1F, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor."