MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2012

Cara pemakaian baju renang muslimah Dsafa

Assalamualaikum semua!

Sementara saya mengemaskini stok terbaru, saya ingin kongsi semula cara2 pemakaian baju renang muslimah. Mungkin ada yang belum tahu, baju renang muslimah dsafa terdiri daripada 3 bahagian:
  1. Bahagian bajunya di mana baju dan seluar adalah bersambung. Kebaikannya ialah baju tidak terangkat ke atas dan mendedahkan bahagian pinggang.
  2. Swimming cap. Berbentuk seperti swimming cap biasa tapi dipadankan dengan corak baju.
  3. Tudung. Tudung yang melabuhi bahu dan dada untuk menutup leher dan dada.
 Daripada 3 bahagian yang berbeza inilah baju renang muslimah Dsafa boleh dipakai dalam beberapa cara berikut:

a) Gaya baju dgn cap. Sesuai bila berenang di kolam renang tertutup sesama muslimah.

b) Gaya baju dgn cap dan tudung di luar baju. Sesuai bila menemani anak2 dan suami di kolam renang atau pantai.

c) Gaya baju dgn cap dan tudung di dalam baju. Sesuai bila ingin berenang dengan menutup bahagian leher.

Ok, itu sahaja, nantikan update stok baru nanti!

Isnin, 16 Mei 2011

Tips penjagaan baju renang muslimah

10 tips penjagaan baju renang muslimah anda

1. Baju renang perlu dicuci tangan dengan sedikit sabun selepas penggunaan (untuk membuang sisa klorin)

2. Jangan jemur atau keringkan di bawah cahaya matahari

3. Jangan basuh baju renang dalam mesin basuh

4. Jangan masukkan di dalam alat pengering (dryer)

5. Elakkan daripada lama terdedah di bawah cahaya matahari selepas berenang

6. Elakkan menggunakan baju renang untuk berendam di dalam air panas (hot tub)

7. Jangan perah untuk dikeringkan, satu cara yang boleh digunakan ialah gulungkan di dalam tuala untuk menyerap air

8. Pastikan ianya kering sebelum dilipat dan disimpan di dalam laci

9. Biarkan sehari untuk betul2 kering sebelum menggunakannya sekali lagi, kalau perlu berenang tiap2 hari, dapatkan sepasang lagi baju renang

10. Berhati2lah dengan permukaan yang kasar, contohnya, lapikkan tuala sebelum duduk di tepi kolam


Baju renang muslimah anda perlu penjagaan yang baik untuk memastikan ianya tahan lebih lama, penggunaan yang tidak betul boleh merosakkan kain baju renang tersebut.Memandangkan kami menjual pelbagai corak yang menarik, apa salahnya membeli dua pasang? :)