MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Jumaat, 13 April 2012

Cara pemakaian baju renang muslimah Dsafa

Assalamualaikum semua!

Sementara saya mengemaskini stok terbaru, saya ingin kongsi semula cara2 pemakaian baju renang muslimah. Mungkin ada yang belum tahu, baju renang muslimah dsafa terdiri daripada 3 bahagian:
  1. Bahagian bajunya di mana baju dan seluar adalah bersambung. Kebaikannya ialah baju tidak terangkat ke atas dan mendedahkan bahagian pinggang.
  2. Swimming cap. Berbentuk seperti swimming cap biasa tapi dipadankan dengan corak baju.
  3. Tudung. Tudung yang melabuhi bahu dan dada untuk menutup leher dan dada.
 Daripada 3 bahagian yang berbeza inilah baju renang muslimah Dsafa boleh dipakai dalam beberapa cara berikut:

a) Gaya baju dgn cap. Sesuai bila berenang di kolam renang tertutup sesama muslimah.

b) Gaya baju dgn cap dan tudung di luar baju. Sesuai bila menemani anak2 dan suami di kolam renang atau pantai.

c) Gaya baju dgn cap dan tudung di dalam baju. Sesuai bila ingin berenang dengan menutup bahagian leher.

Ok, itu sahaja, nantikan update stok baru nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan