MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan
Memaparkan catatan dengan label Butik Pakaian Muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Butik Pakaian Muslimah. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011

Baju renang muslimah kini berada di Muslimah Shop Centre @ Jalan Gombak

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca/pelanggan

Berita baik! Pemilik kedai Muslimah Shop Centre di Jalan Gombak telah berminat untuk menempatkan Baju Renang Dsafa di kedainya. Hasil kerjasama, sekarang mereka yang lebih selesa untuk membeli daripada kedai dapat lah mencari pakaian renang  muslimah kami di sana. Ia mungkin lebih selesa bagi sesetengah orang, terutama lokasi kedai cukup strategik di sepanjang Jalan Gombak (Peta). Untuk mereka yang biasa dengan area tu, kedai ni sebelah Mancongkam Nasi Ayam, di seberang Pasar Gombak.

(Penambahan: Untuk makluman diskaun 5% yang ditawarkan untuk pengikut blog dan peminat laman facebook tidak diberi jika anda membeli dari kedai, ia hanya untuk mereka yang membeli dari kami secara langsung)
Muslimah Shop Centre
No. 77B, Batu 4 3/4, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
(03-40232964)



Kalau dari gombak, lepas traffic light sekolah agama Sg Mulia, akan jumpa Restoran Haji Tapah, lepas tu Nasi Ayam Mancongkam, dan sampaila kat kedai ni. Kalau dari Genting Klang, bila dah sampai Pasar Gombak belah kiri, amik lane kanan, dekat traffic light masuk simpang ke kanan buat U-turn kat dalam tu.