MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Isnin, 28 November 2011

Promosi cuti sekolah dan penghabisan stok baju renang muslimah!

Salam semua!

Baju renang muslimah menawarkan promosi diskaun 10% untuk blog follower dan facebook fan sempena cuti sekolah dan penghabisan stok (bilangan terhad!) serta 5% untuk pelanggan lain. Kami akan cuba update di blog secepat mungkin (belum sempat lagi), tapi untuk maklumat terkini promosi ini sila layari http://www.facebook.com/imuslimahswimsuit sekarang!

Diskaun khas cuti sekolah dan penghabisan stok! W20611 available saiz 12/13, XS, S, L, XL
12/13, XS, S, L - normal price rm149. fan rm134, non fan rm141.
XL - np rm159, fan rm143, non fan rm151.

Diskaun khas cuti sekolah dan penghabisan stok! W10611 available saiz S, XL, XXL
S - normal price rm149. fan rm134, non fan rm141.
XL, XXL - np rm159, fan rm143, non fan rm151.

Diskaun khas cuti sekolah dan penghabisan stok! F10611 available saiz XS, S, M
XS, S, M - normal price rm149. fan rm134, non fan rm141.

Ada lagi...!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Menjelang Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita berada di penghujung Ramadan, bulan penuh keberkatan, manfaatkanlah sebaik2nya. Umat Islam juga kini sibuk dengan persiapan menjelang Idul Fitri.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berjuang di akhir Ramadan, dan selamat Menyambut Idul Fitri dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Maaf dipinta atas sebarang salah dan silap, dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang menyokong baju renang muslimah kami.

Akhir sekali, nantikan diskaun istimewa sempena Syawal nanti!

Ahad, 31 Julai 2011

Ketibaan Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullah buat semua pelawat dan pelanggan baju renang muslimah, bulan Ramadan telah tiba lagi membawa kegembiraan buat umat Islam.. kami sekadar ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua dan semoga kita bersama dapat meraikan Ramadan dengan sebaiknya... InsyaAllah..

Tidak lupa juga, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada kami.. :)

Sabtu, 23 Julai 2011

Muslimah swimsuit CD10611 - Kanak2 (gambar baru)

Saya ambik gambar yg baru untuk design baju renang kanak2 terbaru CD10611 kerana gambar sebelum ni tak berapa jelas. Senarai produk juga telah di update!



Nak suruh anak2 jadi model pun semuanya lelaki... apa nak buat.. ;)

Baju renang muslimah di IMR 25 Julai

Assalamualaikum semua!

Baju renang muslimah akan berada di Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang (sebelah Hospital Kuala Lumpur) pada 25 Julai 2011 ini, sempena Hari Kantin di situ! Jadi sesiapa yang dekat area tu pada hari Isnin ni, silalah datang!

Isnin, 11 Julai 2011

Update Senarai Produk Baju Renang Muslimah!

Salam semua!

Saya telah mengemaskini senarai produk baju renang muslimah. Bolehla buat pilihan anda!

Terima kasih!

Design baru!

Pelbagai design sedia ada

Selasa, 5 Julai 2011

Design dan stok baru baju renang muslimah!

Assalamualaikum semua, berita baik! Stok baru baju renang muslimah telah tiba! Saya akan mengambil sedikit masa untuk update senarai produk, tapi saya paparkan dulu di sini! Call atau msg kami di facebook untuk mencuba.. :)

W20611

ST10611

F10611

W10611

CD10611

Design baru ni juga boleh didapati di Muslimah Shop Centre, Jalan Gombak!

Khamis, 30 Jun 2011

Isnin, 27 Jun 2011

Baju renang muslimah kanak2 - KB11031 (10/11)

Sekadar makluman, baju renang kanak2 pun bertudung ya, walaupun dalam gambar takde..


Design: KB11031
Saiz: 10/11 tahun (Ukuran)
Harga: Normal-RM119, pengikut blog dan peminat facebook-RM113

Baju renang muslimah kanak2 - KB10062 (8/9)


Design: KB10062
Saiz: 8/9 tahun (Ukuran)
Harga: Normal-RM114, pengikut blog dan peminat facebook-RM108

Baju renang muslimah kanak2 - KB10041 (4/5)


Design: KB10041
Saiz: 4/5 tahun (Ukuran)
Harga: Normal-RM104, pengikut blog dan peminat facebook-RM99

Ahad, 26 Jun 2011

Baju renang muslimah kanak2 - KB10021 (4/5)


Design: KB10021
Saiz: 4/5 tahun (Ukuran)
Harga: Normal-RM104, pengikut blog dan peminat facebook-RM99

Baju renang muslimah dewasa - DB10041 (XS)

Assalamualaikum semua,

Kami akan post design baju renang muslimah yang ada dalam stok, jadi teruskan mengikuti blog ini :)

Design: DB10041
Saiz: XS (Ukuran)
Harga: Normal-RM149, pengikut blog dan peminat facebook-RM141.50

Ahad, 19 Jun 2011

Baju Renang Muslimah di Pulau Tioman!

Assalamualaikum semua!

Saya ingin berkongsi pula gambar2 kami bercuti di Pulau Tioman pada cuti sekolah yang baru lepas awal bulan Jun! Baju renang muslimah telah berjemur di tengah laut (tak sampai tengah pun) semasa kami seronok bersnorkeling ;)














Masalah kemaskini stok baju renang muslimah

Assalamualaikum semua,

Untuk makluman, saya sekarang sedang memikirkan cara terbaik untuk mengemaskini stok untuk makluman pembeli. Sekarang ni ada baju renang muslimah yang pada simpanan saya dan ada yang saya letakkan di kedai Muslimah Shop Centre. Jadi susah sikit nak pastikan stok terkini.

Buat sementara waktu, untuk mengetahui stok yang ada, harap dapat contact saya terlebih dahulu kerana senarai produk tidak diupdate. Contact kat facebook pun boleh. Lagi satu pilihan, pada bila2 masa boleh jenguk ke kedai dan boleh lihat design dan saiz yang ada di sana, sambil2 membelek2 pelbagai lagi pakaian dan aksesori muslimah yang dijual di situ.

Untuk masa akan datang mungkin saya akan wujudkan dua senarai stok, satu untuk yang ada pada saya dan satu untuk yang ada di kedai. Tapi untuk yang ada di kedai mungkin hanya akan update sebulan sekali je..

Jumaat, 17 Jun 2011

Baju renang muslimah telah pergi ke Tiara Beach Resort!

Assalamualaikum semua!

Bulan Mei lepas kami telah pergi ke Tiara Beach Resort sempena hari keluarga.. tapi belum sempat nak upload gambar.. so sebelum post seterusnya, saya postkan dulu gambar baju renang muslimah di Tiara Beach Resort!







Gambar trip seterusnya, ialah ke Pulau Tioman!

Khamis, 26 Mei 2011

Stok Tambahan Baju Renang Muslimah di Butik Pakaian Muslimah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, ramai juga yang mengunjungi Butik Pakaian Muslimah di Jalan Gombak. Terima kasih kepada En. Nik tuan punya kedai yang telah memberi ruang untuk jualan baju renang muslimah kami. Hasil sambutan yang menggalakkan dari anda semua, maka kami baru sahaja menambah stok di kedai tersebut. Maklumlah nak cuti sekolah, kut2 ada yang nak bercuti di Pulau Redang ke, Pulau Perhentian ke, Langkawi ke.. :) atau ke Port Dickson. Banyak lagi tempat2 menarik dimana anda boleh gunakan baju renang muslimah, seperti Gambang Water Park, Sunway Lagoon, atau kolam renang berdekatan, jadi selamat mencuba!

Isnin, 16 Mei 2011

Baju renang muslimah telah pergi ke Pulau Redang!

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya kami baru balik dari Tiara Beach Resort, tapi sebelum kitorang post gambar kat sana, ada satu lagi trip yang kitorang tak sempat nak kongsi sebelum ni. Tahun lepas selepas ke Pulau Perhentian, kitorang plan pulak trip ke Pulau Redang! Semestinya bersama dengan baju renang muslimah..
Lepak tepi pantai ngan anak2

Diorang suka sangat main kat pantai

Suami saya berpakaian lengkap untuk snorkeling :)

Saya pulak bersiap.. hehe







Cantik sangat, rasa macam berenang dalam akuarium!

Baju renang muslimah kini berada di Muslimah Shop Centre @ Jalan Gombak

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca/pelanggan

Berita baik! Pemilik kedai Muslimah Shop Centre di Jalan Gombak telah berminat untuk menempatkan Baju Renang Dsafa di kedainya. Hasil kerjasama, sekarang mereka yang lebih selesa untuk membeli daripada kedai dapat lah mencari pakaian renang  muslimah kami di sana. Ia mungkin lebih selesa bagi sesetengah orang, terutama lokasi kedai cukup strategik di sepanjang Jalan Gombak (Peta). Untuk mereka yang biasa dengan area tu, kedai ni sebelah Mancongkam Nasi Ayam, di seberang Pasar Gombak.

(Penambahan: Untuk makluman diskaun 5% yang ditawarkan untuk pengikut blog dan peminat laman facebook tidak diberi jika anda membeli dari kedai, ia hanya untuk mereka yang membeli dari kami secara langsung)
Muslimah Shop Centre
No. 77B, Batu 4 3/4, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
(03-40232964)



Kalau dari gombak, lepas traffic light sekolah agama Sg Mulia, akan jumpa Restoran Haji Tapah, lepas tu Nasi Ayam Mancongkam, dan sampaila kat kedai ni. Kalau dari Genting Klang, bila dah sampai Pasar Gombak belah kiri, amik lane kanan, dekat traffic light masuk simpang ke kanan buat U-turn kat dalam tu.

Corak baju renang muslimah terkini!

Assalamualaikum semua!

Berikut adalah rekaan terkini bulan April-Mei 2011, banyak jugak yang dah habis. Sila pergi ke laman senarai produk untuk melihat stok yang masih ada.

Stripes

Dots


Baju renang muslimah telah pergi ke Pulau Perhentian!

Assalamualaikum semua!

Seterusnya selepas pergi ke Langkawi, kami amat seronok snorkeling (lagipun suami saya sudah belajar berenang) dan kami nak pergi snorkeling lagi.

Jadi kami pun pergi ke Pulau Perhentian Besar.. di sini ada beberapa gambar, namun saya dan baju renang muslimah saya tak banyak, sebab husband dok ambik gambar ikan dan gambar anak2 kitorang je.. ;)

Terpaksa bergilir ngan suami sebab kena jaga anak2

Bagi makan ikan


Time saya untuk snorkel, husband duk jaga anak

Banyak ikan kat paras kaki

Ada banyak nemo tak jauh dari pantai

Comelnya!!!

Jauh sikit dari pantai, ada karang cantik

'House reef', karang tepi pantai yang cantik

Nama apa ya ikan ni?

Apa lagi yang ditunggu, dapatkan baju renang muslimah anda.. :))))