MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Ahad, 19 Jun 2011

Masalah kemaskini stok baju renang muslimah

Assalamualaikum semua,

Untuk makluman, saya sekarang sedang memikirkan cara terbaik untuk mengemaskini stok untuk makluman pembeli. Sekarang ni ada baju renang muslimah yang pada simpanan saya dan ada yang saya letakkan di kedai Muslimah Shop Centre. Jadi susah sikit nak pastikan stok terkini.

Buat sementara waktu, untuk mengetahui stok yang ada, harap dapat contact saya terlebih dahulu kerana senarai produk tidak diupdate. Contact kat facebook pun boleh. Lagi satu pilihan, pada bila2 masa boleh jenguk ke kedai dan boleh lihat design dan saiz yang ada di sana, sambil2 membelek2 pelbagai lagi pakaian dan aksesori muslimah yang dijual di situ.

Untuk masa akan datang mungkin saya akan wujudkan dua senarai stok, satu untuk yang ada pada saya dan satu untuk yang ada di kedai. Tapi untuk yang ada di kedai mungkin hanya akan update sebulan sekali je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan