MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Isnin, 16 Mei 2011

Kenapa memilih baju renang muslimah dsafa?

Kenapa saya memilih dsafa muslimah swimsuit? Saya telah mencuba beberapa jenama, selain melihat pelbagai design baju renang muslimah di pasaran, namun setakat ini saya berpuas hati dengan dsafa. Walaubagaimanapun terpulanglah kepada pelanggan, jika ada permintaan mungkin saya akan menambah pilihan baju renang muslimah.

Saya minat berenang, malah semasa kami berbulan madu kami telah pergi snorkeling! :) tetapi sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai. Pakaian biasa kadang2 tidak dibenarkan di kolam renang. Untuk mencari pakaian renang untuk muslimah kami telah pergi ke pelbagai kedai sekitar Kuala Lumpur, tapi yang dijumpai kami dapati tidak cukup sopan (atau tertutup) ataupun terlalu mahal! Kami mula mencari jenama2 alternatif yang tiada di kedai biasa.
Ada baju renang muslimah yang kami jumpa tidak cukup labuh untuk menutupi dada (pada pandangan kami) tapi baju renang muslimah dsafa tudungnya cukup labuh. Harganya juga amat berpatutan. Selain itu ia mempunyai 'rekaan' yang sesuai ;) Maksud kami baju renang muslimah mempunai pelbagai rekaan, ada yang one piece (baju, seluar dan tudung bersambung), ada two piece dan sebagainya. Kadang2 ini menyebabkan baju renang muslimah tersebut susah untuk dipakai atau tiada pilihan pemakaian. Baju renang muslimah dsafa terdiri daripada baju bersama seluar yang senang dipakai (first piece), tudung (second piece) dan cap (third piece). Dalam keadaan tertentu mungkin kita hanya perlukan cap tanpa tudung, contohnya kolam renang wanita sahaja, atau untuk kanak2. Di tempat awam kita kenakan tudung dan cap, dan untuk berenang kita boleh masukkan tudung di dalam baju untuk mengurangkan geseran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan