MUSLIMAH SWIMSUIT ENGLISH VERSION
Selamat datang ke blog kami. Hubungi kami di sini atau pergi ke Laman Facebook Muslimah Swimsuit dan lihat jangan lupa lihat promosi yang kami tawarkan

Khamis, 26 Mei 2011

Stok Tambahan Baju Renang Muslimah di Butik Pakaian Muslimah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, ramai juga yang mengunjungi Butik Pakaian Muslimah di Jalan Gombak. Terima kasih kepada En. Nik tuan punya kedai yang telah memberi ruang untuk jualan baju renang muslimah kami. Hasil sambutan yang menggalakkan dari anda semua, maka kami baru sahaja menambah stok di kedai tersebut. Maklumlah nak cuti sekolah, kut2 ada yang nak bercuti di Pulau Redang ke, Pulau Perhentian ke, Langkawi ke.. :) atau ke Port Dickson. Banyak lagi tempat2 menarik dimana anda boleh gunakan baju renang muslimah, seperti Gambang Water Park, Sunway Lagoon, atau kolam renang berdekatan, jadi selamat mencuba!

Isnin, 16 Mei 2011

Baju renang muslimah telah pergi ke Pulau Redang!

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya kami baru balik dari Tiara Beach Resort, tapi sebelum kitorang post gambar kat sana, ada satu lagi trip yang kitorang tak sempat nak kongsi sebelum ni. Tahun lepas selepas ke Pulau Perhentian, kitorang plan pulak trip ke Pulau Redang! Semestinya bersama dengan baju renang muslimah..
Lepak tepi pantai ngan anak2

Diorang suka sangat main kat pantai

Suami saya berpakaian lengkap untuk snorkeling :)

Saya pulak bersiap.. hehe







Cantik sangat, rasa macam berenang dalam akuarium!

Baju renang muslimah kini berada di Muslimah Shop Centre @ Jalan Gombak

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca/pelanggan

Berita baik! Pemilik kedai Muslimah Shop Centre di Jalan Gombak telah berminat untuk menempatkan Baju Renang Dsafa di kedainya. Hasil kerjasama, sekarang mereka yang lebih selesa untuk membeli daripada kedai dapat lah mencari pakaian renang  muslimah kami di sana. Ia mungkin lebih selesa bagi sesetengah orang, terutama lokasi kedai cukup strategik di sepanjang Jalan Gombak (Peta). Untuk mereka yang biasa dengan area tu, kedai ni sebelah Mancongkam Nasi Ayam, di seberang Pasar Gombak.

(Penambahan: Untuk makluman diskaun 5% yang ditawarkan untuk pengikut blog dan peminat laman facebook tidak diberi jika anda membeli dari kedai, ia hanya untuk mereka yang membeli dari kami secara langsung)
Muslimah Shop Centre
No. 77B, Batu 4 3/4, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
(03-40232964)



Kalau dari gombak, lepas traffic light sekolah agama Sg Mulia, akan jumpa Restoran Haji Tapah, lepas tu Nasi Ayam Mancongkam, dan sampaila kat kedai ni. Kalau dari Genting Klang, bila dah sampai Pasar Gombak belah kiri, amik lane kanan, dekat traffic light masuk simpang ke kanan buat U-turn kat dalam tu.

Corak baju renang muslimah terkini!

Assalamualaikum semua!

Berikut adalah rekaan terkini bulan April-Mei 2011, banyak jugak yang dah habis. Sila pergi ke laman senarai produk untuk melihat stok yang masih ada.

Stripes

Dots


Baju renang muslimah telah pergi ke Pulau Perhentian!

Assalamualaikum semua!

Seterusnya selepas pergi ke Langkawi, kami amat seronok snorkeling (lagipun suami saya sudah belajar berenang) dan kami nak pergi snorkeling lagi.

Jadi kami pun pergi ke Pulau Perhentian Besar.. di sini ada beberapa gambar, namun saya dan baju renang muslimah saya tak banyak, sebab husband dok ambik gambar ikan dan gambar anak2 kitorang je.. ;)

Terpaksa bergilir ngan suami sebab kena jaga anak2

Bagi makan ikan


Time saya untuk snorkel, husband duk jaga anak

Banyak ikan kat paras kaki

Ada banyak nemo tak jauh dari pantai

Comelnya!!!

Jauh sikit dari pantai, ada karang cantik

'House reef', karang tepi pantai yang cantik

Nama apa ya ikan ni?

Apa lagi yang ditunggu, dapatkan baju renang muslimah anda.. :))))

Baju renang muslimah telah pergi ke Langkawi!

Assalamualaikum semua,

Semasa cuti sekolah pertengahan 2010 kami telah pergi ke Pulau Langkawi. Salah satu agenda adalah snorkeling di Pulau Payar! Saya telah memakai baju renang muslimah saya untuk snorkeling dengan suami.. sila lihat gambar..


Dua anak saya bersama baju renang dan life jacket


 Bermain dengan ikan2

Gambar diambil menggunakan kamera dengan 'underwater casing'. Air sedikit kelabu.



Tips penjagaan baju renang muslimah

10 tips penjagaan baju renang muslimah anda

1. Baju renang perlu dicuci tangan dengan sedikit sabun selepas penggunaan (untuk membuang sisa klorin)

2. Jangan jemur atau keringkan di bawah cahaya matahari

3. Jangan basuh baju renang dalam mesin basuh

4. Jangan masukkan di dalam alat pengering (dryer)

5. Elakkan daripada lama terdedah di bawah cahaya matahari selepas berenang

6. Elakkan menggunakan baju renang untuk berendam di dalam air panas (hot tub)

7. Jangan perah untuk dikeringkan, satu cara yang boleh digunakan ialah gulungkan di dalam tuala untuk menyerap air

8. Pastikan ianya kering sebelum dilipat dan disimpan di dalam laci

9. Biarkan sehari untuk betul2 kering sebelum menggunakannya sekali lagi, kalau perlu berenang tiap2 hari, dapatkan sepasang lagi baju renang

10. Berhati2lah dengan permukaan yang kasar, contohnya, lapikkan tuala sebelum duduk di tepi kolam


Baju renang muslimah anda perlu penjagaan yang baik untuk memastikan ianya tahan lebih lama, penggunaan yang tidak betul boleh merosakkan kain baju renang tersebut.Memandangkan kami menjual pelbagai corak yang menarik, apa salahnya membeli dua pasang? :)

Kenapa memilih baju renang muslimah dsafa?

Kenapa saya memilih dsafa muslimah swimsuit? Saya telah mencuba beberapa jenama, selain melihat pelbagai design baju renang muslimah di pasaran, namun setakat ini saya berpuas hati dengan dsafa. Walaubagaimanapun terpulanglah kepada pelanggan, jika ada permintaan mungkin saya akan menambah pilihan baju renang muslimah.

Saya minat berenang, malah semasa kami berbulan madu kami telah pergi snorkeling! :) tetapi sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai. Pakaian biasa kadang2 tidak dibenarkan di kolam renang. Untuk mencari pakaian renang untuk muslimah kami telah pergi ke pelbagai kedai sekitar Kuala Lumpur, tapi yang dijumpai kami dapati tidak cukup sopan (atau tertutup) ataupun terlalu mahal! Kami mula mencari jenama2 alternatif yang tiada di kedai biasa.
Ada baju renang muslimah yang kami jumpa tidak cukup labuh untuk menutupi dada (pada pandangan kami) tapi baju renang muslimah dsafa tudungnya cukup labuh. Harganya juga amat berpatutan. Selain itu ia mempunyai 'rekaan' yang sesuai ;) Maksud kami baju renang muslimah mempunai pelbagai rekaan, ada yang one piece (baju, seluar dan tudung bersambung), ada two piece dan sebagainya. Kadang2 ini menyebabkan baju renang muslimah tersebut susah untuk dipakai atau tiada pilihan pemakaian. Baju renang muslimah dsafa terdiri daripada baju bersama seluar yang senang dipakai (first piece), tudung (second piece) dan cap (third piece). Dalam keadaan tertentu mungkin kita hanya perlukan cap tanpa tudung, contohnya kolam renang wanita sahaja, atau untuk kanak2. Di tempat awam kita kenakan tudung dan cap, dan untuk berenang kita boleh masukkan tudung di dalam baju untuk mengurangkan geseran.